FAQ Best Scorer
1. Apakah program Best Scorer
Program ini adalah satu kaedah pembelajaran interaktif yang dapat membantu para pelajar mempertingkatkan pencapaian mereka ke peringkat cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
2. Apakah maksud `Pembelajaran input'?
`Pembelajaran Input' adalah proses pengumpulan maklumat dalam minda melalui proses membaca, mendengar, belajar dan menghafal. Ramai pelajar hanya menghabiskan masa dalam pembelajaran `Input Learning' sahaja dan ini menyebabkan mereka hanya mendapat markah yang sederhana di dalam peperiksaan.
3. Apakah pula `Pembelajaran Output'
Dalam `Pembelajaran Output' pelajar akan diberikan penekanan dilatih menggunakan semua maklumat yang mereka peroleh dalam `Pembelajaran Input' untuk menjawab soalan peperiksaan. Selain dari itu pelajar digalakkan membuat latih tubi yang berterusan untuk membiasakan diri mereka dengan soalan-soalan peperiksaan seperti yang terdapat di dalam program Best Scorer ini.
4. Mengapakah program Best Scorer perlu kepada pelajar ?
Program ini telah dicetuskan dan dibina dengan begitu teliti dan teratur untuk memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan. Para pelajar yang mengikuti program ini akan dapat menjawab seberapa banyak soalan dalam bank soalan mengikut topik matapelajaran dan tahun mereka belajar di sekolah.
Program Best Scorer juga memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latih tubi berterusan dalam menjawab soalan dan membina keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar dan mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga mempertingkatkan ketahanan pelajar dalam membina sikap ingin terus mencuba dan mencuba dalam pembelajaran di masa-masa akan datang dengan lebih berkeyakinan kerana mereka telah melalui atau melakukan latih tubi yang berterusan dalam program ini.
5. Kad kemajuan pelajar Best Scorer (My Report Card)
Di dalam program Best Scorer ini, setiap pelajar akan mendapat penyata tentang kemajuan latihan untuk membantu para ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka dalam matapelajaran tertentu sebelum mereka menghadapi peperiksaan sebenar di sekolah. Kad kemajuan ini juga dapat membantu para ibu bapa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk anak mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Sekiranya ibu bapa tidak mampu mengatasi segala kelemahan yang wujud pada anak-anak mereka, Getra boleh membantu melalui pelbagai aktiviti pendidikan anjuran mereka.
6. Perlukah pelajar mengikuti program Best Scorer walaupun telah mengikuti tuisyen di luar?
Ya, sebab tuiysen adalah pembelajaran `input' yang disampaikan oleh guru. Program Best Scorer dapat membantu pelajar memahirkan lagi diri mereka melalui latih tubi yang berterusan bagi menjamin kecemerlangan dalam matapelajaran yang dipelajari di sekolah dan di pusart tiusyen.
7. Sesiapa sahaja layak melanggani Program Best Scorer.
Program ini mampu dilanggani oleh semua orang, kerana program ini adalah satu program yang sungguh berkesan, lengkap, padat dan harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Kelebihannya adalah seperti berikut :-
i. Program Best Scorer berasaskan 'kekeluargaan', di mana ibu bapa digalakkan menjawab soalan bersama anak-anak mereka melalui kuiz 'My Family Quiz' yang dianjurkan setiap enam bulan oleh Getra dalam Portal Best Scorer.
ii. Program ini menggalakkan pelajar membuat latihan my-assessment seberapa banyak kali untuk mendapat `Practice Makes Perfect' dengan tidak mengenakan bayaran tambahan.
iii. Program ini memberi peluang kepada pelajar melayari program dalam tahun berkenaan atau tahun sebelumnya.
(contoh: Tahun 6 – boleh menjawab soalan-soalan Tahun 5 dan Tahun 4)
iv. Pelanggan hanya memperuntukkan seminima 15 sen sehari untuk melayari program ini sekeluarga dan ianya boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk membuat latih tubi soalan secara berterusan.





