Perutusan Dari CEO Program Best Scorer
![]() |
||
Program Best-Scorer yang dikeluarkan oleh syarikat GETRA Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar supaya lebih yakin menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pembelajaran yang dipelajari disekolah dan juga pusat tuisyen. Pembelajaran yang dipelajari oleh setiap pelajar disekolah dan pusat tuisyen adalah pembelajaran INPUT dan setiap latihan-tubi yang dibuat oleh pelajar tersebut samada melalui buku-buku latihan atau portal e-learning seperti Best-Scorer ini adalah pembelajaran OUTPUT. Best-Scorer bukanlah bertujuan untuk menggantikan pembelajaran disekolah mahupun di pusat tuisyen, tetapi adalah untuk membantu memberi peluang melatih tubi kepada pelajar-pelajar, yang mana mereka dapat lakukan di sekolah, di rumah atau di mana sahaja asalkan mempunyai talian internet. Getra telah pastikan soalan-soalan yang disediakan melalui kerjasama beberapa guru yang berkaliber dan berpengalaman, yang telah bertungkus lumus menyediakan soalan-soalan Best-Scorer adalah selaras dan mirip kepada topik sebenar yang dipelajari disekolah. Matapelajaran Sains dan Matematik didalam dwi-bahasa, Inggeris dan Melayu diharap dapat membantu pelajar yang kurang berkeyakinan dengan Bahasa Inggeris. Best-Scorer MyQuarterly Quiz yang akan dipamerkan di Internet setiap tiga bulan, akan mengemukakan soalan-soalan yang mirip kepada soalan-soalan sebenar peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia tahun-tahun lepasan, sekaligus membantu menyediakan pelajar dengan lebih rapi untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Best-Scorer MyFamily Quiz pula, dengan 200 buah soalan setiap 6 bulan akan memberi suatu ruang baru kepada ibu-bapa dan anak-anak berinteraksi secara intelektual menjawab soalan-soalan dari silabus pembelajaran sekolah kepada pengetahuan am tentang Malaysia dan juga dunia. Hadiah percutian ke lokasi-lokasi yang menarik yang Getra tawarkan kepada keluarga yang bernasib baik untuk memenangi tempat diatas juga adalah berniat untuk merapatkan silatul-rahim antara ibu-bapa dan anak-anak. Getra juga berhasrat membantu pelajar-pelajar dibeberapa buah sekolah di Malaysia melalui rancangan tajaan Best-Scorer Enrichment Program (BEP), dimana kami akan menggunakan pakej Best-Scorer Basic Pack. Kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk beramal-jariah menaja program tersebut. Segala sumbangan dari penaja akan menerima tolakkan cukai pendapatan, melalui kerjasama kami dengan Yayasan Pengurusan Ilmu. Saya berharap melalui program Best-Scorer ini, tahap pelajaran dikalangan anak-anak kita, terutama penguasaan Bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat dipertingkatkan. Sekian, terima kasih. Ar Haji Sarizal Yusman Haji Yusoff |
||







